Constitution

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK
PERSATUAN PENYELAM SKUBA MALAYSIA (MALAYSIA SCUBA DIVING ASSOCIATION) (MSDA)

1.1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN PENYELAM SKUBA MALAYSIA ( MALAYSIA SCUBA DIVING ASSOCIATION) (MSDA)
selepas ini disebut Pertubuhan.

(2) Takrif Nama :

(3) Bertaraf : KEBANGSAAN

1.2 ALAMAT

(1) Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

5-4 Jalan 1/116B
Kuchai Entrepreneurs Park
Off Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat; dan alamat untuk surat-menyurat adalah 5-4 Jalan 1/116B
Kuchai Entrepreneurs Park
Off Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat;

(2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

1.3 MATLAMAT

Tujuan adalah seperti berikut :

1. Mempromosikan dan memperkembangkan aktiviti skuba.

2. Mendedahkan kepada masyarakat tentang aktiviti skuba yang berkualiti dari segi keselamatan, kesihatan, kebajikan, tahap perkhidmatan, latihan dan penjagaan alam sekitar.

3. Menjadi perintis dan pengurus aktiviti skuba serta tempat rujukan bagi peminat skuba.

4. Menyediakan latihan skuba bagi mendidik dan mendedahkan kepada masyarakat tentang kebaikkan skuba dan memperkenalkan skuba sebagai aktiviti yang berfaedah.

5. Mengumpul data untuk tujuan pembangunan industry dan bekerjasama dengan National Recreational Scuba Diving Council untuk membantu pihak berkuasa dalam isu-isu polisi dan pembangunan industry.

1.4 KEAHLIAN

1. Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tinggal atau bekerja di Malaysia dan berminat dengan aktiviti skuba.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar yuran tahunan seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli .

4. Jenis Keahlian:

(a) Ahli Biasa (Ordinary Member)
(i) penyelam yang bertaraf “Dive Master” ke atas, Warga negara Malaysia.
(ii) sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti menyelam dan mempromosikan Malaysia yang mempunyai pemegang saham yang terdiri dari Warga negara Malaysia dengan melebihi 51% saham.
Nota : Ahli Biasa mempunyai satu (1) hak undi.

(b) Ahli Bersekutu (Associate Member)
(i) penyelam yang bertaraf “Dive Master” ke atas, bermastautin dan mempunyai permit pekerjaan yang sah.
(ii)sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelam.
Nota : Ahli Bersekutu TIDAK mempunyai hak undi.

1.5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang- undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab – sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis . Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.

Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

1.6 BAYARAN MASUK, YURAN TAHUNAN DAN BAYARAN LAIN LAIN

1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
Bayaran masuk (Registration Fee) : RM150.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) Yuran Tahunan
(Ordinary Member) : RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) Yuran Tahunan
(Associate Member) : RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

2. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum 31 Januari setiap tahun.

3. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.

4. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

6. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli- ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

1.7 MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang – kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk mesyuarat.

2. Jika karum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang- undang Persatuan membuat keputusan – keputusan yang melibatkan semua ahli.

3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja – kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah: a. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun yang lalu; b. Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; c. Memilih Ahli Jawatankuasa dan Juruaudit dua (2) tahun sekali, dan d . Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang – kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta penyata akaun Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli – ahli di alamat tempat urusan Persatuan.

5. Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan: a. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau b. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh 30 HARI dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman satu notis dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

1 8 JAWATANKUASA

1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih dua (2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang PRESIDEN
Seorang NAIB PRESIDEN
Seorang SETIAUSAHA KEHORMAT (dilantik)
Seorang PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT (dilantik)
Seorang BENDAHARI
Enam (6) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang mengetuai kumpulan kerja.

2. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

3. Nama untuk jawatan di Fasal 8(1) di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihannya dijalankan dua tahun sekali dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan KECUALI jawatan SETIAUSAHA KEHORMAT dan PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT yang akan dilantik oleh Presiden.

Semua pegawai boleh dilantik semula tiap – tiap dua (2) tahun sekali. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah dikehendaki dicadangkan sekurangkurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan kepadan Setiausaha Kehormat yang akan dimasukkan kedalam agenda mesyuarat untuk diedarkan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.

4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang – kurangnya sekali di dalam tempoh tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikankepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang- kurangnya setengah (1/2) daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka Setiausaha hendaklah – mendapatkan kelulusan Ahli- ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa baleh dianggap sebagai telah diterima: a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa; b. Sekurang – kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak; dan d. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat .

7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

8. Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pernilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. la boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa.

1.9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. la mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.

2. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha Kehormat atau Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. la bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha Kehormat hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir , nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Setiausaha Kehormat atau Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha Kehormat hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14( 1 ) Akta Pertubuhan, 1966.

4. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. la hendaklah membuat dan menyimpan akaun berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

5. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya

1.10 KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan – peruntukan berikut dalam undang – undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan – tujuan Persatuan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa akaun. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM RM 100.00 Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Akaun bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Kehormat dan Bendahari.

4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa.

5. Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta penyata akaun bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diaudit oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata akaun yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan Persatuan.

6. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1 hb. Januari dan berakhir pada 31 hb. Disember tiap-tiap tahun.

7. Sumbangan (i) Pertubuhan inin dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. (ii) Sumbangan berbentuk wang hendaklar diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam penyata tahunan Persatuan.

8. Kegiatan Ekonomi – Persatuan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain lain kegiatan ekonomi.

1.11 JURUAUDIT

1. Dua orang ahli biasa yang bukannya Pegawai Persatuan hendaklah dilantik dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit . Mereka akan memegang jawatan untuk tempoh dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.

2. Juruaudit adalah dikehendaki mengaudit akaun Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga jika dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit akaun Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

1.12 PENTADBIR HARTA

1. Semua harta tetap persatuan hendaklah dinamakan atas nama persatuan. Pemegang jawatan semasa dalam jawatankuasa iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari hendaklah dilantik menjadi Pegawai Pentadbir Harta mengikut Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966 di mana sijil pengesahan akan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan . Mereka akan menjalan kan tugas sebagai Pegawai Pentadbir Harta selagi mereka memegang jawatan berkenaan di dalam persatuan.

2. Pegawai Pentadbir Harta tidak boleh menjual, memajak atau menukar milik harta tetap kepunyaan persatuan dengan tidak atau persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung persatuan.

3. Sekiranya seseorang Pegawai Pentadbir Harta itu tidak lagi memegang jawatan dalam persatuan maka kuasanya dengan sendiri terlucut.

1.13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli – ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

1.14 PENASIHAT/PENAUNG —

1.15 LARANGAN —

1.16 PINDAAN PERLEMBAGAAN —

1. Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

1 17 PEMBUBARAN —

118 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA —

LAMPIRAN
1. Bendera –
2. Lambang –
3. Lencana –

Address:

5-4 Jalan 1/116B Kuchai Entrepreneurs Park Off Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur

info@msda.my
03-7980 9902

MTF - EXCO Member

DRT - Organising Partner

Strategic partner